MAJALAH TERBARU GenQ ( GENERASI AL QURAN )

Anda mahu? Contact Wakil Negeri Johor
Hadzrin Suleiman 0197618860
Zairinah Amat 0197679713

Daerah dan Kawasan

Permas Jaya , Johor Jaya , Plentong , Stulang laut , Masai - contact Abu 0137441668
Seluruh Johor Bahru - contact Mohd Hadafi - 0137570233
Skudai dan Senai - Hamid - 0167122703 / Hassan - 0197593424
Pasir Gudang - Haji Abd Latif - 0197368909
Kota Tinggi , Bandar Penawar , Desaru - Hafizi - 0134456801
Ulu Tiram - Cikgu Zul - 0197707242
Pontian - Yazed - 0197482383
Kulai - Azizi - 0136694732
Batu Pahat - Fauzi - 0137795884
Muar , Ledang - Tn Haji Ahmad Sayuti - 0123970589
Segamat - Ustaz Khairul 0139695524 / Chaah - Pn Nor - 0137041643
Mersing - Asri - 0137822568
Kluang - Ustzh Mashitah - 0197681405 / Ustzh Masura- 0137322467 / C. Norimah-0127379692

Sila buat tempahan awal ... di jangka keluar pada 10 Julai 2011..

Rabu, Julai 20, 2011

Bagusnya Orang Itu...

BAGUSNYA ORANG ITU..

Bagusnya orang itu
Sentiasa melihat kebaikan orang dan menjadikannya contoh

...Bagusnya orang itu
Sentiasa bercerita tentang Kebesaran dan Kehebatan ALLAH

Bagusnya orang itu
Yang tangan kanannya sentiasa memberi tanpa kirinya ketahuan

Bagusnya orang itu
Sentiasa mengajak orang2 ke arah kebaikan

Baiknya orang itu
Baiknya bukan di "mulut" sahaja tetapi di kaki , tangan , telinga, mata dan semua inderanya...

Bagusnya orang itu
Sentiasa tunduk dalam kayanya dan qanaah dalam rezekinya

Bagusnya orang itu
menyembunyikan keaiban orang dan melupakannya...

Bagusnya orang itu
Hidupnya bagai teladan yang bergerak
Hidupnya bagai ingatan pada yang lupa
Hidupnya bagai bunga di mana2
Hidupnya sangat di"rasa" rakan dan musuh
Hidupnya hanya takut pada YANG ESA.....

Bolehkah aku menjadi sepertinya...


anarin
21 Julai 2011

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini 17 Syaaban
Kini Hari-hari Syaaban menghitung hari untuk pergi
Tamu Ramadhan...tersenyum mampir
...Selangkah demi selangkah mendekat...
Walau berbalam2 ..nun di sana..

Aku... antara sedia atau tidak...
kadang2 terasa pilu , sebak dan bersalah
Dalam sibuk yang dibuat2...
Bersediakah aku.. menyambut masuk tamu mulia ini..

Menjeling AlFurqan yang berdebu
Melihat Sejadah yang rabak
Menarik Biji2 Tasbih yang bertabur dari benangnya
Kopiah yang melayang entah di mana..
Oh... Si Ramadhan dah semakin dekat...

Mengapa
Aku masih begini menyambut Ramadhan
Terpaksa .... senyum yang cuba-cuba suka...
Sudah 38 kali dan ini yang ke 39....
Ohhhhh.... maafkan aku ....

Aku berazam lagi
macam yang sudah
Melayanmu...Sebaik mungkin
Untuk ke sekian kalinya....

Terimalah "Insan" Ini Wahai Tuhanku..
Aku masih dengan AZAM yang tak sudah2..

anarin
18072011

Jumaat, Julai 15, 2011

Ohh Allah... lupa lagi....lemah lagi...

Ohh Allah... lupa lagi....lemah lagi...

Tahu dan Rasa
Sangat berlainan
Rasa datang dengan buat
...Bila buat baru ada susah dan senang
Bila susah sedang buat ...kita selalu baru "teringat" doa kepadaNYA
Belum dapat Tawajjuh bersungguh , Usaha hingga berairmata

Tapi
Biasanya
Bila dah dapat.... "rasa" semakin mendikit hilang beransur
sebab "sibuk" pada usaha yang mula membuah
Rasa Tawajuh mula nipis dek kerna macam nampak dah dapat mula

Itulah kita
saya dan semua ...insan
Bila susah dan payah ...Ingat dan doa yang bersungguh
Bila ALLAH uji " macam" dah dapat
kita sibuk...
untuk "ingat " dan " rasa" usaha dah kurang
Ingatlah aku

Semua pun tipu daya dan UJIAN
Pentas ini , bagai dewan peperiksaan
Penuh dengan soalan2
Yang pelu dijawab dengan iman dan amal
takwa dan istiqamah
dengan tali ALQURAN dan SUNNAH.....

hadzrin
12072011
subuh hari

APA BEZANYA.....?

APA BEZANYA....?

semalam , hari ini dan esok
apa bezanya....
masih 5 waktu yang wajib
...tapi mungkin beza sunatnya..

semalam , hari ini dan esok
apa bezanya....
masih rutin waktu makannya...
tapi mungkin beza menunya...

semalam , hari ini dan esok
apa bezanya....
masih sama ketawa ria
tapi mungkin beza kuat perlahannya..

semalam , hari ini dan esok
apa bezanya....
masih belajar dikelas yang gurunya pun sama
tapi mungkin beza aras ilmunya

semalam , hari ini dan esok
apa bezanya...
kdg2 bagai tiada beza...
hari2 "benda" dan " perkara" yang sama
adakah begitu kita rasanya..
adakah begitu "bagusnya"?
adakah kita pun tak kisah ...
biar ia berlalu...begitu terus...

sebenarnya...
memang ...mungkin seakan sama ...pusingannya
yang tak sama ialah "muhasabah insan"
selepas perkara...
yang bakal membawa "beza"
esoknya....

sesungguhnya yang berjaya ialah
yg dapat melihat perubahan untuk semakin baik
atau ..
dibaiki...

anarin
15072011

Selasa, Julai 05, 2011

Demi Masa

DEMI MASA...

Masa bukan kita punya
Kalau kita kata tak cukup masa ... kita memang sangat sibuk
Kalau kita kata tak ada masa..... maknanya perkara itu tak penting
...Kalau kita kata banyak masa.... kita memang orang kaya atau orang "ada-ada"
Kalau kita tak kira masa.... kita tak kisah siang atau malam
kalau kita hendakkan masa.... kita sedang berfikir buat keputusan
Kalau kita bahagikan masa.... kita memang pandai merancang
Kalau kita buang masa........masa tak kisah , tapi kita akan rugi untuk selama2nya..

Masa , bukan kita yang punya ,
ALLAH lah yang punya
Supaya masa kita cukup
Supaya masa kita berkat
Supaya masa kita dapat beri menafaat untuk diri dan manusia
Supaya masa kita menjadi pahala dan rahmat
Supaya masa kita pergi dengan REDHA ALLAH....
Mintalah pada DIA
Usahakan semampunya
Tawakallah akhirnya
Apapun Redhalah keputusanNYA....


oleh itu,

Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran
- Surah Al-AsrLihat seterusnya..

04 Julai 2011

Tunjuk Perasaan

Tunjuk Perasaan

Pada AKAL ku...

Tunjuk Perasaan Yang Sebenarnya ialah
...Tunjuk Perasaan Pada ALLAH
Kerana DIAlah yang Mampu Buat APA2
Sedangkan Manusia Tidak Boleh Buat APA2
Melainkan dengan IzinNYA....

Oleh yang demikian ... Apa yang mampu dibuat Manusia
Tanpa IzinNYA...

Perbaikilah hubungan dengan DIA
Tunjuklah permintaan padaNYA
Barulah datang kepada Manusia...
kerana.....

NAMPAK MACAM...

Nampak macam kita yang buat…
Tapi bukan kita sebenarnya…
Dia.

Nampak macam kita yang menghasil..
Tapi bukan kita sebenarnya…
Dia.

Nampak macam kita yang ubah…
Tapi bukan kita sebenarnya…
Dia.

Nampak macam kita segala…
Tapi bukan kita sebenarnya…
Dia.

Apa kita?
Hanya pelakon..
Melakon pelbagai watak…
Akal sebagai dacing
Iman sebagai pegangan
Belakon mengikut skrip
Azali lagi telah tercetak..

Semua pinjaman
Semua mainan
Dia kata hanya gurauan, senda gurau..
Umpama mimpi..

Lagi pula ..
Mengubah manusia bukannya mudah..
Pengorbanan kena tulus..
Niat mesti lurus...
Tiada keluh.
Apa yang dibuat jangan ditoleh..
Nafi apa yang diperbuat

Usaha Ikhtiar ditangan hamba
Takdir di Tangan Dia
Dia tidak zalim…
Dia kata, berubah kita, kita yang ubah…

Jangan putus harap,
Jangan putus minta,
Jangan putus asa,
Buat sahaja,
Ikut ajaran..
Ikut landasan..

Dia segala.Lihat seterusnya..

05 Julai 2011