MAJALAH TERBARU GenQ ( GENERASI AL QURAN )

Anda mahu? Contact Wakil Negeri Johor
Hadzrin Suleiman 0197618860
Zairinah Amat 0197679713

Daerah dan Kawasan

Permas Jaya , Johor Jaya , Plentong , Stulang laut , Masai - contact Abu 0137441668
Seluruh Johor Bahru - contact Mohd Hadafi - 0137570233
Skudai dan Senai - Hamid - 0167122703 / Hassan - 0197593424
Pasir Gudang - Haji Abd Latif - 0197368909
Kota Tinggi , Bandar Penawar , Desaru - Hafizi - 0134456801
Ulu Tiram - Cikgu Zul - 0197707242
Pontian - Yazed - 0197482383
Kulai - Azizi - 0136694732
Batu Pahat - Fauzi - 0137795884
Muar , Ledang - Tn Haji Ahmad Sayuti - 0123970589
Segamat - Ustaz Khairul 0139695524 / Chaah - Pn Nor - 0137041643
Mersing - Asri - 0137822568
Kluang - Ustzh Mashitah - 0197681405 / Ustzh Masura- 0137322467 / C. Norimah-0127379692

Sila buat tempahan awal ... di jangka keluar pada 10 Julai 2011..

Sabtu, Jun 04, 2011

PUAN HAJAH FAUZIAH DAWAM

Kami ingat lagi...
Sekiranya ketika itu kau mundar mandir
Tentunya kau sedang berfikir.
Sekiranya ketika itu kau memekik memanggil
Tentunya ada idea yang hendak dicungkil
Sekiranya dari kejauhan kau tersenyum.
Berita gembira bakal diumum.
Sekiranya dari kejauhan muka menyinga.
Memang pasti ada yang tak kena..
Larilah-lari jangan bersua...
Tunggulah angin sepoi-sepoi bahasa.

Puan Fuziah,
Seingat kami.
Pantangmu ....jangan tak tahu bila ditanya
Katamu.... kamu mesti tahu.
Pantangmu .....jangan tak boleh bila disuruh
Katamu .....kamu cuba dulu , kembangkan bakat.
Pantangmu....jangan salahkan orang.
Katamu....salahkan diri sendiri.
Pantangmu.....pelajar jangan disiakan.
Katamu......itu amanah , itulah sumber rezeki.
Itulah antara yang kami ingat.
Dalam banyak2 nasihat.

Puan Fuziah.
Sifatmu yang mesra disenangi sesiapa.
Sekali tersua terasa kenal bagai dah lama.
Sifat pemaaf tumbuh semulajadi.
Mudah kasihan , belas dan simpati.

Puan Fuziah,
Masih lagi terasa hangatnya kasih sayangmu.
Masih lagi terasa tegur lembutmu menusuk kalbu.
Masih terngiang-ngiang lagi jerit pekik mu memarahi.
Masih ternampak-nampak senyumanmu yang merata.
Masih terasa kelibatmu dimana-mana.
Dipegang rupanya bayang.

Puan Fuziah.
Maafkan kami sekirannya selama ini.
Banyak tingkah dan tutur kami mengguris hati.
Sesungguhnya kami memang anak-anak yang nakal.
Semuanya minta perhatian.
Dalam ungkal kami buat.
Dalam nakal kami akur.
Walau ada yang menangis... hati terguris.
Kami faham ....
Sebagai ibu ...
Tidak semua dapat kau belai...

Tak semua dapat kau dukung...
Tak semua dapat kau puaskan...
Ada angah, ada along , ada uteh , ada ude, ada itam, ada alang ....
Dan apa-apa lagi ntah...
Ramai lagi anakmu yang lain...
Rambut pun pelbagai warna...
Tinggi pun tak sama....

Tak apalah ......
Kau tetap di hati...
Kau pernah menjadi ibu kami...
Maafkan kami dan terima kasih ibu.

Anarin
1 sept 2006
papan timur 10.00 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan